Jika terdapat penularan wabak COVID-19 dikenalpasti di mana-mana kuil yang mengadakan sambutan Thaipusam, maka sambutan berkenaan akan dibatalkan pada hari seterusnya.

Jelas Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, pematuhan SOP adalah sangat penting dan pihak pengurusan perlu memikul tanggungjawab.

Antara SOP yang disentuh ialah, perarakan chariot atau pedati, sembahyang, palkodam dan kavadi.

Tambahnya lagi, sebarang pelanggaran SOP, ia akan disiasat di bawah Akta 342.#

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini