Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan, empat tahun lalu.

Hakim, Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bagi tuduhan terbabit.

Datuk Ab Karim dalam penghakimannya berkata keadaan tidak menunjukkan pelakuan tertuduh dan dua remaja berkenaan mendatangkan kecederaan sehingga menyebabkan kematian mangsa. Perbicaraan tersebut bermula pada 6 September 2019 melibatkan 57 saksi.

Samirah serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 19 dan 16 tahun dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam, 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Pada 14 Jun 2018, kebakaran di sebuah rumah di Mutiara Damansara telah meragut nyawa Allahyarham Nazrin yang dikatakan berpunca daripada letupan telefon bimbit sekaligus diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, susulan laporan bedah siasat dan bomba, kes kemudiannya diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini