Perhimpunan jalanan bukan cara bertanggungjawab dalam menyelesaikan permasalah dihadapi rakyat.

Demikian Titah Sultan Johor, berhubung cadangan dikemukakan seorang pemimpin DAP.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, sebarang pandangan seharusnya disampaikan menerusi pelbagai platform lain.

Titah baginda, undang-undang negara perlu dihormati, malah sebarang kenyataan menghasut perlu dielakkan, kerana ia tidak membantu.

Selain tidak mencapai matlamat, ia akan mengakibatkan kekecohan, kerosakan dan kerugian kepada semua pihak.

Perhimpunan jalanan juga akan memberi impak negatif kepada ekonomi negara, menakutkan pelabur asing dan merencatkan pemulihan negara daripada pandemik COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini