Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah menghantar sampel burung hijrah ke makmal Institiut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi mengenalpasti punca jangkitan penyakit Japanese Encephalitis (JE) yang telah meragut tiga nyawa tahun ini.
 
Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman memaklumkan sampel tersebut dihantar untuk mengenalpasti sama ada ia berpunca daripada burung tersebut atau sebaliknya.

Keputusan bagi sampel tersebut akan diperolehi sedikit masa lagi.

Virus JE biasanya menjadikan babi atau monyet sebagai ‘perumah’ sebelum disebarkan nyamuk Culex.

Kematian yang melibatkan individu dewasa dikesan November lalu di Jalan Pegawai dan Jalan Tanjung Bendahara.

Beliau menyatakan demikian selepas perasmian Gotong Royong perdana Pasca Banjir Daerah Baling 2021 di Kupang, Baling, Kedah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini