Dua daripada tiga lelaki berjaya diberkas dalam tempoh 24 jam selepas terlibat dalam kejadian samun berantai di tiga lokasi berasingan di Seremban, Ahad lalu. 

Ketua Polis daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim berkata, suspek dipercayai terlibat dalam kejadian terbabit antara pukul 7 hingga 9 malam di dua premis stesen minyak di Rahang dan sebuah kedai 24 jam di Jalan Campbell,Seremban melibatkan anggaran kerugian RM1,500 Kedua-dua suspek ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) pada Isnin pukul 7.55 pagi manakala seorang lagi di sebuah rumah pangsa, Sungai Way- Petaling Jaya, Selangor pada pukul 3 petang hari yang sama.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Seremban.

Polis turut merampas sebuah laci mesin wang yang disamun dan kenderaan yang digunakan dalam kejadian itu.

Suspek direman selama tujuh hari sehingga Ahad ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan secara berkumpulan dan bersenjata

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini