Sandakan dijangka dinaik taraf sebagai sebuah bandar raya antara Ogos hingga menjelang Oktober depan. Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata penaiktarafan itu sepatutnya dilakukan pada awal tahun ini.

Namun, disebabkan kekangan tertentu hasrat itu terpaksa ditangguhkan. Mengulas lanjut beliau berkata Majlis Perbandaran Sandakan juga menyatakan kesediaan untuk dinaik taraf sebagai bandar raya.

Penaiktarafan itu katanya sudah pasti akan meningkatkan ekonomi Sandakan dan akan ada perancangan baharu yang akan dilaksanakan. Antara perancangan melonjakkan ekonomi Sandakan ialah memajukan aspek pelancongan melalui usaha merancakkan penyertaan usahawan kecil tempatan.

Contohnya, mungkin membina waterfront seperti di Kota Kinabalu untuk menarik pelancong.       

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini