Jurulatih Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain mengakui, tiga gol awal pada babak pertama menjadi penentu kemenangan pasukannya ke atas Perak FC malam tadi.

Kejayaan tersebut menyaksikan naib juara 2018 itu mara ke suku akhir.

Menurut Nafuzi, beliau sangat berpuas hati kerana anak buahnya bermain mengikut perancangan bermula daripada awal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, TFC menang besar 4-0 ke atas Perak, sekali gus layak ke suku akhir.

Gol-gol skuad Penyu dijaringkan Makan Konate pada minit ke-11, diikuti David Da Silva minit ke-19, dan Dechi Marcel 6 minit kemudian.

Faisal Abd Halim pula kemudian melengkapkan kemenangan skud Penyu menerusi sepakan penalti di babak kedua selepas Konate dikasari pemain pelawat.

Kemenangan itu meletakkan skuad kendalian Nafuzi Zain dalam keadaan selesa di tangga teratas Kumpulan B dengan 12 mata hasil kemenangan bersih 4 perlawanan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini