Kedah Darul Aman FC mengumumkan mengikat pemain import dari Thailand, Sanrawat Dechmitr.

Pengumuman itu dibuat KDA FC di laman Facebook rasminya semalam,

Perpindahan Sanrawat ke KDA FC juga telah mendapat persetujuan Bangkok United FC.

Aksi pertama beliau bersama pasukan KDA FC bermula pada perlawanan persahabatan menentang Perak FC di Stadium Darul Aman malam tadi

Pemain itu diberi kepercayaan beraksi oleh Jurulatih Aidil Shahrin Sahak  pada  separuh masa kedua perlawanan .

Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini