Santuari Ikan Air Tawar di Empangan Timah Tasoh, Padang Besar menjadi tumpuan pelancong sejak kebenaran rentas negeri.
 
Secara purata lebih 500 pengunjung setiap hari sekaligus memberi kesan kepada kehidupan komuniti perikanan Timah Tasoh.

Pengerusi My Komuniti Perikanan Timah Tasoh, Rahilaz Abu Zair, berkata santuari yang dibuka sejak 2017, menawarkan pelbagai aktiviti dan kemudahan kepada pengunjung yang meminati alam semulajadi.

Beliau sebelum itu menyertai aktiviti menyelusuri empangan Timah Tasoh bagi meninjau aktiviti komuniti perikanan
Timah Tasoh.
 
Empangan Timah Tasoh yang wujud sejak 1992 adalah empangan utama di Perlis dan lubuk rezeki kepada 38 nelayan darat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini