Sara Duterte-Carpio, anak perempuan Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengangkat sumpah jawatan Naib Presiden ke-15 negara itu pada Ahad, susulan kemenangannya dalam pilihan raya 9 Mei lalu.

Sara berikrar untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara yang mempunyai seramai 32.2 juta rakyat itu.

Majlis angkat sumpah diadakan di bandar Davao.

Sara, bekas peguam, mengangkat sumpah jawatan di hadapan  hakim bersekutu Mahkamah Tinggi.

Beliau akan meletak jawatan sebagai Datuk Bandar Davao untuk menggalas tugas barunya pada 30 Jun,  hari sama  Ferdinand Marcos Jr akan mengangkat sumpah sebagai presiden baru Filipina.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini