13 lelaki berumur 24 hingga 60 tahun, ditahan, disyaki memiliki dan mengambil dadah, menerusi enam serbuan di lokasi berlainan di Pontian.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib memaklumkan kawasan serbuan dikenalpasti menjadi sarang penagihan dadah, melibatkan tiga lokasi di Kukup; serta satu lokasi masing-masing di Serkat, Permas dan Pontian.

Antara dadah dirampas syabu dan heroin.

Hasil ujian urin mendapati kesemua suspek positif dadah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini