Sarawak, negeri yang diberi tumpuan utama dalam Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

Ia termasuk bakal menjadi antara negeri terawal diberi keutamaan dalam perancangan pelaksanaan rangkaian 5G mulai tahun depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ia antara lain disebabkan faktor kedudukan strategik Bumi Kenyalang itu dari aspek geopolitik dan kesalinghubungan.

Sarawak juga mempunyai penjanaan bekalan elektrik mesra alam, yang sangat diperlukan dalam pembuatan pusat data bagi kegiatan pengkomputeran awan dan sebagainya.

Sehubungan itu beliau berkata dalam usaha mengutamakan 5G, tumpuan persiapan ketika ini perlu juga terarah kepada melengkapkan rangkaian 4G menerusi pelaksanaan JENDELA fasa satu dan fasa dua, yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Beliau yang sedang dalam Jelajah Komunikasi Strategik selama dua hari di Tanjung Manis dan Sarikei bermula hari ini turut memberitahu , MCMC bakal menambah tujuh menara baharu 4G di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Rajang.

Daripada jumlah menara baharu itu, sebuah menara 4G telah siap dibina dan beroperasi di Hub Tanjung Manis, manakala enam lagi sedang dibina.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini