Sarawak merupakan satu cerminan klasik konsep Keluarga Malaysia. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, ini dilihat melalui usaha kerajaan negeri yang sangat fokus terhadap agenda pembangunan selain perpaduan rakyatnya yang berbilang bangsa.

Sekali gus membentuk acuan pembinaan sebuah negara bangsa yang berasaskan kepada kepelbagaian. Tan Sri Annuar mahu warga kementeriannya di Sarawak khususnya RTM, lebih proaktif dalam mengindoktrinasi perkara tersebut supaya rakyat lebih menghargai kepelbagaian, kestabilan serta kesinambungan pembangunan negeri ini.

Tan Sri Annuar berucap pada Majlis Randau Khas bersama Warga Jabatan Penyiaran Sarawak di Kuching. Beliau turut mengingatkan peranan penting mereka dalam menghadapi Pilihan Raya Umum, Dewan Undangan Negeri PRU DUN Sarawak.

Ia dapat memastikan rakyat membuat keputusan menentukan kerajaan yang mampu membawa kemajuan ke negeri ini. Terdahulu, beliau ditemuramah SARAWAKfm dan melawat operasi Bilik Gerakan PRU DUN Sarawak 2021 di RTM Kuching.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini