Sarawak kini dalam fasa akhir penilaian pelaksanaan program pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negeri itu bagi memastikan ia berjalan lancar. Ketua Menterinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, antara penilaian itu ialah cara pemberian vaksin sama ada di tempat khas yang disediakan ataupun petugas vaksinasi pergi ke sekolah agar kumpulan berkenaan mendapat vaksin dengan selamat.

Datuk Patinggi Abang Johari berkata, proses itu akan dibincangkan bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri. Beliau berkata, proses vaksinasi golongan remaja penting untuk memperluas imuniti kelompok di Sarawak selepas lebih 80 peratus penduduk dewasa di negeri itu telah mendapat vaksin.

Mengulas jenis vaksin yang akan diberikan kepada remaja, beliau berkata, ia tertakluk dengan keputusan Kementerian Kesihatan dalam menentukan kesesuaian vaksin untuk remaja. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Tanah dan Survei di Kuching.        

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini