Satu pusat pemindahan sementara diaktifkan di Dewan Kampung Jeriah, Sibu pertama dibuka di negeri itu. Setakat malam semalam, ia menjadi tempat perlindungan kepada 44 penduduk membabitkan lima keluarga dari Kampung Seduan Jaya, Jeriah.

Menteri Muda Pendidikan, Inovasi & Pembangunan Bakat Sarawak, Dr Annuar Rapaee berkata, banjir dipercayai berpunca daripada sistem perparitan yang kurang baik selain hujan lebat yang berterusan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka itu ditemui selepas membantu menyelaraskan bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Kampung Seduan Jaya, Jeriah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini