Negeri Sarawak menjadi penanda aras kepada pelaksanaan konsep “Keluarga Malaysia”. 

Perdana Menteri; Datuk Seri Ismail Sabri Yakob berkata hasil lawatannya ke Bumi Kenyalang baru-baru ini membuktikan negeri itu telah lama mempraktikkan elemen perpaduan dan wajar dicontohi negeri lain.

Ujar beliau, semangat perpaduan yang diamal rakyat Sarawak amat luar biasa.

Justeru, ia wajar jadi kayu ukur kepada keberjayaan pelaksanaan aspirasi Keluarga Malaysia.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata demikian dalam tembubual khas di konti Nasional FM di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur petang tadi.

Perdana Menteri turut melawat beberapa gerai pameran termasuk didirikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini