Sarawak dan Kelantan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkutkuasa Isnin depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dengan peralihan fasa bagi kedua-dua negeri berkenaan, bermakna kesemua negeri di Malaysia telah beralih ke Fasa 4 PPN.

Melalui kenyataan media,beliau merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua pihak khususnya Kerajaan Negeri yang bertungkus-lumus mengurus situasi pandemik di negeri masing-masing.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dengan penuh disiplin dan bertanggungjawab.

Segala maklumat berkenaan SOP terkini boleh didapati di laman rasmi Majlis Keselamatan Negara(MKN).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini