Sarawak berhasrat merealisasikan sasaran pertumbuhan dan kemakmuran mampan untuk menjadi kuasa besar Asia Tenggara dalam membekalkan tenaga boleh diperbaharui dengan harga berpatutan dan boleh dipercayai.

Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis ia mampu dicapai memandangkan negeri tersebut mempunyai kekayaan khazanah sumber asli yang boleh dimanfaatkan.

Ujarnya, sejak 2016, Sarawak telah mengeksport tenaga elektrik boleh diperbaharui ke Kalimantan Barat Indonesia. Eksport tenaga ke Sabah akan dimulakan dalam masa terdekat sekaligus menyasarkan untuk merealisasi Grid Borneo dan menjadi bateri ASEAN.

Beliau bercakap pada majlis “Townhall” sambutan 100 tahun penubuhan Sarawak Energy di Kuching.

Sarawak Energy adalah syarikat bekalan kuasa milik kerajaan negeri Sarawak yang menyediakan keputusan akhir berkaitan pelaburan projek pembangunan hidroelektrik di Kalimantan Utara.

Sekiranya direalisasikan, ia bakal menyumbang kepada kebolehpercayaan bekalan serantau, pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini