Ramai dalam kalangan bekas anggota polis mahupun anggota pasukan keselamatan yang lain, diyakini dapat terus menyumbang kepada kepada pembangunan masyarakat selepas menamatkan perkhidmatan kerana mereka dilihat mempunyai tahap disiplin yang tinggi.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ramai antara bekas anggota pasukan keselamatan di Sarawak diberi kepercayaan untuk memegang tanggungjawab dan amanah yang besar dalam masyarakat.

Selain itu, turut menyokong penuh usaha Persatuan Alumni Polis Sarawak untuk menceburi kegiatan ekonomi selain menumpukan kepada usaha kebajikan.

Tan Sri Abang Johari berucap melancarkan laman sesawang dan logo Persatuan Alumni Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

Kepimpinan persatuan berkenaan diminta mengatur susun pengurusan dengan baik supaya dapat membantu dari aspek ekonomi dan sosial ahli-ahli persatuan.

Tan Sri Abang Johari mahu potensi pertanian dibangunkan dari pelbagai sudut untuk menjana pendapatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini