Kontraktor penyelamat projek di bawah Kementerian Kerja Raya akan disaring ketat termasuk dari sudut keupayaan kewangan, pengalaman, teknikal dan aset-aset syarikat sebelum mengambil alih projek sakit kementerian.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kontraktor penyelamat itu perlu melalui sekurang-kurang tiga saringan penilaian. Sekiranya projek berkenaan dibatal, ia akan mengambil tempoh yang panjang membabitkan proses tender projek dan reka bentuk projek sakit tersebut.
 
Ini kerana, kontraktor sebelumnya tidak menyerahkan reka bentuk pembinaan projek yang terbengkalai kepada kontraktor penyelamat. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi Libat Urus bersama Media Sarawak di Kuching. Di Sarawak dan Sabah terdapat 15 buah projek sakit di bawah kementerian tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini