Lebih 875,000 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) disasar berkecimpung secara dalam talian menjelang 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan MyDigital, Fabian Bigar menjelaskan, perkembangan semasa pasca Pandemik COVID-19 memerlukan satu forum untuk mencari formula berkesan bagi memperkasa pendigitalan kepada kelompok sasar itu.

Ke arah mencapai matlamat tersebut, MyDIGITAL Corporation akan menganjurkan Program Pemerkasaan Pendigitalan PMKS Kebangsaan 2021 pada 21 hingga 23 November 2021.

Program bakal dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Bera, Pahang. Beliau ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat pagi Malaysia di TV1.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini