Pendekatan dasar dan peraturan berasaskan bukti, EBP perlu digalakkan sebagai usaha meletakkan negara antara sembilan ekonomi terbaik di dunia, bagi sub-indeks Kecekapan Kerajaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pendekatan EBP akan diterapkan dalam mekanisme perancangan, penilaian dan pemantauan.

Jelasnya, dasar dan peraturan berkualiti bakal memudahcara operasi perniagaan, meningkatkan ketelusan dan meminimumkan bebanan kos serta sumber. Ini membolehkan industri berkembang dengan lebih dinamik dan anjal seterusnya kekal berdaya saing.

Berucap pada perasmian Persidangan Kebangsaan Amalan Baik Peraturan; GRP secara maya, jelasnya Perbadanan Produktiviti Malaysia, MPC turut menggunakan pendekatan EBP dalam memenuhi keperluan perniagaan ekonomi digital.
 
Sementara itu katanya, pendekatan Keseluruhan Kerajaan yang menitikberatkan kerjasama rapat dan bersepadu kementerian, agens dan jabatan menjadi asas pelaksanaan GRP.

Beliau turut menegaskan, prinsip, elemen dan proses dalam kaedah GRP mesti diterima pakai semua kementerian dan agensi pengawal selia dalam penggubalan dan semakan dasar serta peraturan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini