Objektif Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 juta Pokok mampu dicapai menjelang 2025, menerusi usaha berterusan oleh pihak Kementerian dan Jabatan serta penglibatan semua pihak.

Keyakinan itu disuarakan Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Titah baginda, pendekatan kempen yang kreatif dan unik itu dapat menarik minat rakyat.

Ini dibuktikan dengan pengendalian program melibatkan pelbagai kumpulan sukarelawan termasuk peserta dari dalam dan luar negeri.

Justeru, baginda berharap, seluruh masyarakat dapat mengambil peluang tersebut bagi melibatkan diri dalam aktiviti penanaman pokok yang dianjurkan.

Ia secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada masyarakat selaras tema Hari Hutan Antarabangsa, √¨Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat”.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Program Kembara Hijau Bersama Himpunan Outdoorians Malaysia Perlis Sempena Kempen Penghijauan Malaysia dan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini