Usaha sedang giat dilakukan kerajaan bagi memperluas rangkaian internet agar dapat dinikmati rakyat seluruh negara.

Selain memperkukuh rangkaian internet 5G dan 4G, penggunaan satelit juga akan dijadikan alternatif bagi memastikan liputan diperoleh secara menyeluruh.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata banyak rungutan diterima terutamanya bagi penduduk yang berada di kawasan pedalaman yang sukar mendapatkan akses internet.

Jelasnya, perkhidmatan 5G berdepan pelbagai cabaran kerana syarikat yang mengurusnya terpaksa melalui pelbagai tapisan terutama dari kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan tuan tanah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini