Pelancaran satelit MEASAT-3d telah dilancarkan pada pukul 6.50 petang di French Guiana, Amerika Selatan bersamaan dengan 5.50 pagi waktu Malaysia.

Pelancaran satelit itu mengalami kelewatan 47 minit berbanding waktu yang dijadualkan pukul 6.03 petang French Guiana Amerika Selatan bersamaan dengan 5.03 minit pagi waktu Malaysia.

Pelancaran satelit MEASAT-3d ini telah disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Proses seterusnya pemisahan satelit dari roket, mengambil masa 30 minit daripada waktu pelancaran.

Melalui pelancaran satelit baharu ini, Malaysia akan dapat memperkukuhkan teknologi talian tetap, mudah alih dan satelit tanpa meminggirkan mana-mana kelompok rakyat di negara ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini