Pelancaran satelit MEASAT-3d menekankan dua aspek penting dalam perkhidmatan internet negara.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, ini terdiri daripada liputan internet 100 peratus di semua kawasan berpenduduk sebelum 2025 dan meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar kepada kelajuan tinggi.

Katanya, perkhidmatan satelit tersebut boleh digunakan dalam beberapa bulan lagi. Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Pelancaran satelit MEASAT-3d di ibu negara.    

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini