Russia mengaku memusnahkan satu daripada satelitnya ketika melakukan ujian peluru berpandu kelmarin. Namun, ia menolak dakwaan Amerika Syarikat bahawa tindakan itu membahayakan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Menteri Pertahanan Russia Sergei Shoigu berkata ujian itu menggunakan sistem yang dapat mengenai sasaran dengan tepat.

Jelasnya, serpihan orbit yang terhasil itu tidak memberi sebarang ancaman kepada aktiviti angkasa. Amerika Syarikat dan Britain sebelum ini mengkritik ujian peluru berpandu antisatelit Rusia. Kedua-dua negara menyifatkan ia perbuatan tidak bertanggungjawab yang meletakkan satelit dan misi angkasa lepas dalam risiko bahaya.

Namun, tentera Russia menjelaskan, pihaknya melaksanakan aktiviti dirancang bagi memperkukuh keupayaan pertahanannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini