Hanya satu kes positif Covid 19 dikesan terhadap penduduk terjejas banjir di Negeri Sembilan.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kes  dikesan di Port Dickson melibatkan warga emas berusia 60 tahun.

Beliau ditemui selepas menyertai gotong-royong anjuran Parlimen Jelebu di Kampung Kemin.

Lebih 600 sukarelawan dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan pelajar universiti menyertai program berkenaan.

Ketika ini, seramai 292 mangsa banjir daripada 84 keluarga direkodkan di Negeri Sembilan dengan empat PPS masih dibuka di Jelebu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini