Dilabel sebagai kes 273611, kes ketiga itu membabitkan seorang lelaki pemastautin tetap Singapura berusia 37 tahun yang tiba dari Afrika Selatan menaiki penerbangan Singapore Airlines SQ479 pada 1 Disember lalu.

Lelaki yang telah lengkap divaksin, dan mempunyai simptom tidak ketara iaitu demam dan sakit tekak. Namun, pada 4 Disember, pesakit mengalami demam dan sakit tekak dan ujian awalnya menunjukkan positif bagi varian Omicron.

Makmal Kesihatan Awam Nasional sedang menjalankan penjujukan genom keseluruhan untuk mengesahkan varian itu

Singapura pada 2 Disember melaporkan dua kes import COVID-19 yang menunjukkan keputusan positif pada ujian awal untuk varian Omicron dengan keputusan ujian pengesahan belum selesai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini