Satu perjanjian antarabangsa perlu dirangka untuk membantu mencegah dan memerangi pandemik pada masa depan. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) , Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, menggesa  dunia perlu berikhtiar supaya tidak lagi menjadi mangsa ancaman sebarang wabak pada masa depan.

Jelasnya, masih banyak yang tidak diketahui tentang betapa mudahnya jangkitan dan gejala teruk oleh varian Omicron. Menurut beliau, kemunculan varian Omicron yang bermutasi tinggi menunjukkan dunia masih dalam keadaan tidak menentu.

Tambah Dr Tedros, saintis WHO dan pakar kesihatan seluruh dunia sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai ancaman ditimbulkan varian baharu berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini