Pelakon, Farah Nabilah, terkejut apabila dikatakan bakal menamatkan zaman gadisnya dalam masa terdekat.Spekulasi itu timbul apabila pelakon berusia 27 tahun itu dikatakan, sudah mengedarkan kad jemputan perkahwinannya, baru-baru ini.Jelasnya, dia tidak tahu bagaimana cerita bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat boleh timbul.Farah bagaimanapun, menegaskan selagi belum ada ikatan yang pasti, dia tidak akan sesekali berkongsi hal peribadi, termasuk identiti jejaka yang bertakhta di sudut hatinya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini