Bekas peserta program realiti ‘Rockanova’, Zarith Sofia Yasin yang ditahan kerana menyimpan anak beruang matahari di dalam unit kondominiumnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur, Jumaat lalu memberi alasan dia simpati melihat haiwan dilindungi itu ditemui di tepi jalan sehingga mengambil tindakan menjaganya. Malah dia menyangka haiwan itu adalah seekor anjing kerana pada waktu itu keadaan malam dan gelap.Bagaimanapun, Ketua Pengarah Perhililtan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata pihaknya percaya haiwan berkenaan diperoleh selebriti terbabit daripada pihak lain. Terdahulu, video berdurasi lima saat serta gambar kepala beruang matahari cuba keluar dari tingkap kondominium kediaman wanita itu tular di media sosial.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini