Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan menyeluruh berhubung penularan video skandal seks yang mengaitkan beliau dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz. Timbalan Presiden PKR itu yang berjanji akan memberikan sepenuh komitmen terhadap siasatan itu turut berharap proses siasatan tidak diganggu oleh mana-mana pihak. Beliau turut memaklumkan polis telah memanggil Setiausaha politiknya, Muhammad Hilman Idham untuk mengambil keterangan dan akan disambung pada Isnin nanti. Datuk Seri Azmin ditemui pemberita pada Majlis Akrab Aidilfitri di Bukit Antarabangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini