‘Saya tidak pernah anggap diri saya seorang pemain bintang.’

Itu kata-kata pemain sayap skuad Harimau Malaya, Muhammad Safawi Rasid selepas menjaringkan hatrik ketika membantu Malaysia membenam Laos 4-0 pada aksi kedua Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2020 semalam.

Tiga gol dijaringkan Muhammad Safawi di Stadium Bishan, Singapura itu menyaksikan dia kini mendahului senarai penjaring terbanyak dengan empat gol.

Pemain Johor Darul Ta’zim berusia 24 tahun itu bagaimanapun masih merendah diri dengan menjelaskan kejayaannya meledak hatrik itu adalah hasil kerja keras barisan kejurulatihan serta rakan sepasukan.

Safawi juga mengakui tidak akan mudah dibuai dengan pencapaian itu meskipun ia adalah persembahan terbaiknya setakat ini.

Peningkatan yangh dipamerkan pemain kelahiran Terengganu itu turut mendapat pujian ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe yang mahu dia terus memperbaiki prestasinya pada pertemuan selepas ini menentang Vietnam, Ahad ini.

Cheng Hoe mengakui kemenangan ke atas Laos amat diperlukan untuk menyuntik semangat anak buahnya bagi menghadapi cabaran lebih getir berdepan juara bertahan Vietnam, Ahad ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini