‘Saya tetap bangga walaupun tewas’.

Itu reaksi pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney terhadap semangat juang yang ditampilkan para pemainnya meskipun tewas 0-1 kepada tuan rumah, Vietnam pada aksi separuh akhir.

Menurut jurulatih kelahiran Australia itu, persembahan anak buhanya wajar dipuji walaupun terpaksa berhadapan beberapa kesukaran termasuklah tempoh rehat yang kurang mencukupi.

Skuad Harimau Muda katanya, bermain dengan baik sehingga mampu mengheret Vietnam yang juga juara bertahan ke masa tambahan.

Tambah beliau, temasya Sukan SEA memberi pasukannya banyak peluang untuk berdepan pasukan yang lebih kuat sekali gus membantu pemain muda mendapatkan lebih banyak pengalaman.

Pada perlawanan tersebut, jaringan tunggal Nguyen Tien Linh pada minit ke-110 membawa Vietnam ke perlawanan akhir bertemu Thailand.

Manakala Malaysia pula akan menentang Indonesia dalam perebutan pingat gangsa dengan perlawanan akan berlangsung di Stadium My Dinh (Ding), Ahad ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini