Bekas jaguh bina badan negara, Sazali Samad menyeru kepada semua atlet sukan bina badan agar terus giat menjalani latihan dan menjaga pemakanan.

Ia bagi memastikan mereka sentiasa berada di tahap terbaik walaupun berdepan dengan kekangan pergerakan susulan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pelbagai inisiatif boleh diambil seperti melakukan latihan sendiri di rumah dengan di pantau jurulatih secara atas talian, atlet juga harus kreatif dalam menyusun jadual bagi memastikan mereka fizikal tetap berada di tahap terbaik

Jelas beliau, ini penting bagi mengekalkan prestasi mereka sebagai persiapan menjelang kejohanan terutamanya Kejohanan Dunia dan Sukan SEA yang akan di langsungkan pada tahun hadapan.

Beliau berkata demikian kepada RTM selepas Program Infaq burger syukur kepada petugas barisan barisan hadapan di Ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini