Insiatif Second Chances And Opportunities for People to Excel (SCOPE) dilihat dapat membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada bekas banduan.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan, projek rintis ini melibatkan tiga fasa bermula tahun ini sehingga 2023 dengan penyediaan latihan kemahiran industri dalam sektor pekerjaan.

Beliau berharap agar lebih ramai majikan tampil memberikan sokongan dan peluang dengan menawarkan penempatan pekerjaan kepada bekas banduan.

SCOPE akan menyediakan peluang latihan dan penempatan kepada 5,000 banduan pada tahun 2022, manakala seramai 15,000 banduan dijangka bermula pada tahun 2023.

Projek ini adalah hasil kerjasama Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dengan Jabatan Penjara Malaysia (JPM).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini