Sebagai usaha merancakkan lagi pembangunan dalam sektor pelancongan di Langkawi, Sebahagian Jalan Persekutuan FT115 Kuala Teriang-Pantai Tengah Langkawi kini diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kedah.

Ia dinamakan “Jalan Pantai Cenang” sejauh 1.85 kilometer, kini berada di bawah seliaan sepenuhnya Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP).

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Sri Fadhillah Yusof berkata, pembatalan warta jalan daripada jarak asal 9.26 kilometer itu membabitkan Persimpangan Jalan Bohor Tempoyak sehingga Persimpangan Jalan Pantai Tengah Langkawi. 

Beliau ditemui media selepas Majlis Penyerahan Sebahagian Jalan Persekutuan KualaTeriang- Pantai Tengah kepada Kerajaan Negeri Kedah di Dataran Cenang Langkawi. 

Tambahnya, kementerian itu memperuntukkan sehingga RM2.76 juta bagi tujuan baik pulih dan menyelenggara 195 kilometer jalan persekutuan secara keseluruhan diLangkawi bermula Januari hingga Mei 2022.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini