Pemandu Perancis, Sebastien Ogier menjulang gelaran rali dunia buat kali kelapan dalam tempoh 9 musim selepas muncul juara saingan di Monza, Itali semalam.

Ini pencapaian menakjubkan dilakukan Ogier bagi menutup kariernya sebagai pelumba rali selepas dia memutuskan untuk menceburi arena perlumbaan 24 jam, Le Mans.

Ogier melengkapkan kemenangan kelimanya musim ini dengan kelebihan 7.3 saat ke atas rakan sepasukan dari Toyota yang juga pencabar terdekatnya, Elfyn Evans.

Pemandu pasukan Hyundai, Dani Sordo muncul pemenang ketiga mengatasi rakan sepasukan, Thierry Neuville manakala Olivier Solberg menduduki tempat kelima.

Dalam kedudukan keseluruhan pula, Neuville menduduki tempat ketiga di belakang Ogier dan Evans manakala pasukan Toyota muncul juara kategor pengeluar jentera mengatasi pasukan Hyundai di tempat kedua.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini