Di Hong Kong, sebelas tikus peliharaan disahkan positif COVID-19.

Susulan itu, pihak berkuasa mengarahkan pemusnahan besar-besaran ‘secara kemanusiaan’ terhadap haiwan berkenaan.

Pengarah Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan Hong Kong – Leung Siu Fai menegaskan, jualan tikus peliharaan, termasuk yang diimport, juga perlu dihentikan.

Malah penduduk diberi amaran agar tidak mencium haiwan peliharaan.

Arahan itu, dikecam aktivitis pencinta haiwan.

Bagaimanapun, kebanyakan pemilik kedai haiwan dilapor segera menutup operasi perniagaan bagi melakukan kerja-kerja sanitasi.

SOP baharu turut digunapakai dengan menetapkan pekerja memakai Pakaian Perlindungan Diri ketika berurusan dengan haiwan dan pelanggan.

Kes bermula susulan laporan seorang pekerja kedai haiwan disahkan positif COVID-19.

Ujian saringan ke atas kesemua haiwan di kedai itu kemudiannya mendapati, 11 tikus peliharaan, dijangkiti virus berkenaan.

Kes jangkitan COVID-19 membabitkan anjing dan kucing pernah dilapor sebelum ini, bagaimanapun saintis menegaskan belum ada sebarang bukti kukuh menunjukkan haiwan menjadi faktor utama manusia dijangkiti.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini