Sebuah keluarga di Fraser Coast, Australia terperangkap di rumah akibat banjir telah diselamatkan dengan menggunakan helikopter.

Menurut pasukan penyelamat mereka menerima panggilan setelah keluarga berkenaan yang terdiri daripada pasangan suami isteri dan anaknya tidak boleh keluar rumah kerana sudah terperangkap.

Ratusan milimeter hujan telah turun di kawasan berkenaan yang terletak kira-kira 260 kilometer utara Queensland sejak beberapa hari lepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini