55 individu dikompaun kerana terlibat aktiviti pusat hiburan di Taman Molek, Johor Bahru malam tadi.

Dalam operasi itu kompaun yang dikeluarkan bernilai hampir RM300,000.

Penjaga premis dikompaun RM25 ribu, manakala pelanggan dan beberapa pekerja premis masing-masing dikenakan kompaun RM5,000.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pusat hiburan berlesen itu beroperasi sejak awal bulan lalu walaupun tidak mendapat kebenaran seperti disyaratkan dalam pelan pemulihan negara, Fasa 4.

Semakan mendapati salah seorang daripada pelanggan gagal mengimbas kod mysejahtera dan dikenakan kompaun tambahan RM1,500.
 
Seorang individu turut ditangkap kerana dikehendaki berkaitan kes penipuan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini