Sebanyak 9 rumah terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Lorong Selangat, Taman Pertama di ibu negara petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, sebuah daripada rumah berkenaan telah runtuh manakalah 8 lagi tidak selamat untuk diduduki.

Dalam kenyataan tersebut, pihak bomba menerima panggilan tersebut pukul 2:52 petang dan sebuah jentera PRT dan van EMRS dikejarkan ke lokasi dengan kekuatan 7 anggota.

Bomba telah mengarahkan penduduk terlibat berpindah ke lokasi selamat untuk mengelak kejadian tidak diingin berlaku.

Tiada kemalangan jiwa dilapor akibat kejadian tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini