Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam menetapkan 4 Julai ini untuk sebutan semula kes Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette atas dakwaan rasuah berjumlah RM2.8 juta. Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Allan Suman Pillai memberitahu mahkamah terdapat beberapa dokumen yang masih belum lengkap. Peguam Datuk K.Kumaraendran yang mewakili Datuk Seri Bung Moktar dan isterinya mengesahkan pihaknya telah menerima dokumen.Bung Moktar didakwa kerana mendapatkan kelulusan untuk FELCRA Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad. Manakala isterinya didakwa atas bersubahat dengan Bung Moktar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini