Lebih 20 ekor gajah ditemui mati sejak lapan tahun lalu kerana memakan sisa sampah yang kebanyakannya plastik, sisa toksik serta benda tajam.

Ini situasi yang dihadapi kumpulan gajah liar di kawasan perkampungan Pallakkadu di Ampara, Sri Lanka akibat kekurangan sumber makanan hingga terpaksa mencari makanan di tapak pelupusan sampah.

Dua ekor gajah ditemui mati baru-baru ini dan lebih menyayat hati, hasil pemeriksaan pihak veterinary mendapati, tiada makanan ditemui dalam perut haiwan berkenaan sebaliknya dipenuhi dengan sisa sampah dan air.

Tapak pelupusan sampah terbuka disini merupakan jalan terakhir buat haiwan ini mencari makanan.

Saban hari, populasi kumpulan gajah ini semakin berkurangan kerana kehilangan serta kekurangan habitat semula jadi dan kini hidup dalam keadaan yang menyedihkan.

Kumpulan gajah liar ini juga tidak dapat mendekati kawasan perumahan kerana dikelilingi dawai besi tajam dan pagar elektrik yang dipasang untuk melindungi tanaman penduduk tempatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini