Peningkatan kualiti jalur lebar 4G membolehkan pengguna menerima kelajuan data yang lebih tinggi, latensi rendah dan kestabilan rangkaian.

Itu antara matlamat utama inisiatif penamatan rangkaian 3G di bawah inisiatif Infrastruktur Pelan Jalinan Digital Negara.

Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Terengganu, Zahari Ismail berkata, pengguna telefon bimbit di negeri itu diingatkan beralih ke rangkaian 4G dengan segera sebelum ditamatkan hujung bulan ini.

Kad sim masing-masing perlu dinaiktaraf ke 4G bagi mengelak sebarang kesulitan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini