Sejumlah 67,552 kes penipuan scam dilaporkan sejak 2017 hingga 20 Jun tahun ini membabitkan jumlah kerugian RM2.23 bilion.

Berdasarkan data tersebut, seorang warganegara menjadi mangsa kes penipuan scam bagi setiap 30 minit.

Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, SC, Modus operandi penipuan melibatkan penyamaran daripada pihak bank, pihak berkuasa, perniagaan e-dagang atau pelaburan.

Penyamaran sebagai pihak bank atau pihak berkuasa serta jaminan pulangan pelaburan tinggi tanpa sebarang risiko, antara muslihat penipuan yang paling sering digunakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini