Pelakon Puteri Aishah, 27, selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus, 28, di sebuah hotel di ibu negara pada jam 11.15 pagi tadi.

Pada majlis itu, Puteri Aishah menerima mas kahwin bernilai RM300 berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki, sementara pihak perempuan membalas tujuh dulang. Bagaimanapun, atas permintaan keluarga, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu menyaksikan Puteri dan Firdaus mengayakan busana berwarna putih yang direka oleh RizmanRuzaini. Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan bahagia ini bakal diadakan di JW Marriot, Kuala Lumpur, malam ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini