Perang yang tercetus di rantau Eropah Timur melibatkan Russia dan Ukraine bakal memberi kesan kepada ekonomi, khususnya pasaran minyak dan gas.

Pensyarah dan Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Azmi Hassan berpandangan harga minyak dan gas dijangka melonjak susulan sekatan dikenakan ke atas Russia.

Ia sekaligus mempengaruhi kos keseluruhan rantaian bekalan khususnya benua Eropah memandangkan Russia membekalkan lebih satu pertiga bekalan minyak rantau berkenaan. 

Tambahnya, sekatan ekonomi oleh kuasa besar Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah diharap mampu memberi tekanan kepada Presiden Vladimir Putin mempertimbang operasi ketenteraannya di Ukraine.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini