Sekolah agama berasrama penuh bakal dibina di daerah Pontian untuk membekalkan sumber tenaga pelajar bagi memenuhi pembangunan Kolej Islam Johor pada masa akan datang.
Langkah itu selari dengan pembangunan pendidikan institusi agama di negeri itu.
Menteri Besarnya, Datuk Hasni Mohammad berkata usaha tersebut akan dimulakan segera bagi mengubah landskap pembangunan di daerah itu.
Beliau berkata demikian selepas Program Bicara Motivasi dan Jati Diri Bangsa serta Pelancaran Antologi Puisi di Pontian.